‘Tak sangka selama ini jasad awak dekat dengan saya’

Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa. Gambar kecil: Cikgu Istiqomah
Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa. Gambar kecil: Cikgu Istiqomah
A
A
A

SHAH ALAM - Kematian tragis guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, mengundang kesedihan dalam kalangan kenalan terdekatnya.

Beberapa rakan memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa sedih dengan pemergian Istiqomah.

Pengguna media sosial, Eyma Yem berkata, dia tidak menyangka bahawa jasad rakannya itu berada dekat dengan laluan perjalanan sepanjang tempoh kehilangan dilaporkan.

Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.
Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.

“Rehatlah dengan tenang sahabat. Dunia ini memang kejam, tak sangka selama ini jasad awak dekat dengan laluan saya sepanjang awak hilang. Sayang awak dunia akhirat,” katanya pada Ahad.

Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Selain itu, Safia Waheeda Amirudin turut menyatakan rasa duka yang mendalam, mengakui bahawa Allahyarhamah seorang yang prihatin dan sentiasa bertanya khabar mengenai perkembangan anaknya.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.
Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.

“Macam tidak percaya dengan apa yang terjadi. Teringat Is (Allahyarhamah) selalu WhatsApp dengan kak, bertanya pasal perkembangan anak, terapi, speech delay.

“Seminggu sebelum Is hilang, Is ucap tahniah sebab kak boleh balik Terengganu, semoga ada pembelaan buat Is,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik rakan guru, Zahidi Zakariya berpeluang menziarahi keluarga Istiqomah di kediamannya, memberitahu Allahyarhamah memiliki perwatakan ceria ketika bertugas.

“Selesai ziarah di rumah Arwah, semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, al fatihah,” katanya ringkas.

Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.
Tangkap layar hantaran di Facebook kenalan mangsa.

Sementara itu, seorang lagi kenalan mangsa, Mijot Armiza mahukan keadilan ditegakkan ke atas pembunuh Istiqomah.

“Salam takziah buat keluarga arwah Cikgu Is. Moga si pelaku dijatuhi hukuman setimpal atas jenayah kejam lagi tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!