Bot hanyut 8 hari, PATI warga Indonesia ditahan cuba masuk Malaysia

Polis berjaya mengesan sebuah bot membawa 29 warga Indonesia yang disyaki cuba masuk ke negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah sewaktu rondaan di kedudukan 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari pada Ahad.
Polis berjaya mengesan sebuah bot membawa 29 warga Indonesia yang disyaki cuba masuk ke negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah sewaktu rondaan di kedudukan 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari pada Ahad.
A
A
A

MANJUNG - Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk ke negara ini gagal selepas berjaya ditahan polis di kedudukan 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di sini pada Ahad.

Dalam operasi sekitar jam 8.34 malam itu, PATI warga Indonesia terdiri 24 lelaki dan lima wanita berusia antara 19 hingga 55 tahun menyembunyikan diri dalam sebuah bot kayu jenis pom-pom.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan mendapati, bot terbabit mengalami kerosakan menyebabkannya hanyut terumbang-ambing selama lebih lapan hari.

"Penahanan dilakukan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Sitiawan selepas mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan dilakukan ke atas bot kemudiannya mengesan 29 warga Indonesia yang disyaki cuba masuk ke negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dalam operasi itu turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an yang bertindak sebagai tekong bot.

Katanya, berdasarkan keterangan diberikan, kesemua PATI berkumpul di suatu kawasan dipercayai di sekitar Sabak Bernam sebelum menaiki bot tersebut pada 3 Ogos lalu.

"Bot itu bagaimanapun mengalami kerosakan dan hanyut di perairan sehinggalah berjaya dikesan Polis Marin.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dan rampasan barang kes telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!