Tiga sekeluarga maut: Polis terus buru suspek bunuh, bakar

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan (kiri). Tiga sekeluarga maut dalam insiden kebakaran (kanan).
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan (kiri). Tiga sekeluarga maut dalam insiden kebakaran (kanan).
A
A
A

MUAR – Polis masih meneruskan usaha memburu suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini, Jumaat lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, yang alamat terakhirnya di Nombor 33, Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan dipercayai melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas kebakaran berlaku.

Azman dipercayai melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

Bagaimanapun, Azman dipercayai masih berada dan bersembunyi di sekitar daerah berdekatan.

Untuk rekod, dalam kejadian kebakaran sekitar jam 1.30 pagi Jumaat lalu, Noradriana bersama datuk dan neneknya itu maut selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Hasil bedah siasat terhadap kesemua mayat melibatkan mayat kanak-kanak, Noradriana Nor Hasyim, 11, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82 (datuk) dan Ara Abdul Hamid, 76 (nenek), mendapati wujudnya unsur jenayah dalam kematian mereka.

Polis juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis daerah Muar bernombor 06-9564800 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!