Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu

Bayi perempuan berusia 15 bulan lemas dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok pada Jumaat.
Bayi perempuan berusia 15 bulan lemas dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 11 individu termasuk mangsa yang terselamat bersama ibu bapa masing-masing, telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, polis juga akan mengambil keterangan daripada pihak yang melakukan usaha menyelamat mangsa, pada malam tersebut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu dan akan memanggil mana-mana saksi yang diperlukan.

"Siasatan akan dilaksanakan secara telus meliputi pelbagai aspek kerana sekiranya wujud unsur pengabaian, tindakan seterusnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Isnin.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!