‘Saya tetap teruskan impian ayah Piktam' - Benjy

Proses persiapan tapak perniagaan makanan dan minuman yang telah dirancang oleh Benjy dan ayah Piktam sejak tahun lalu.
Proses persiapan tapak perniagaan makanan dan minuman yang telah dirancang oleh Benjy dan ayah Piktam sejak tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hasrat seorang pengusaha restoran untuk memulakan operasi hari pertama kedai makan miliknya pada 10 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan apabila dia kehilangan insan yang banyak membantunya.

Ia susulan kematian bapa saudaranya yang mesra disapa sebagai 'ayah Piktam' menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati.

Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok bernama @lerengwansiti yang terpaksa menangguhkan sementara operasi kedai makan yang sudah dirancang bersama Allahyarham Arbain Salleh atau ayah Piktam sejak tahun lalu.

Pemilik restoran tersebut, Benjy berkata, walaupun pemergian mengejut itu berlaku selepas hari pembukaan, namun mereka akan memulakan operasi perniagaan tersebut dalam masa terdekat.

Menurutnya, dia berasa amat terkilan dan sedih menerima perkhabaran itu memandangkan Allahyarham Arbain antara individu yang banyak menyokong perniagaan tersebut.

Benjy berkata, bapa saudaranya yang sering dipanggil 'ayah' itu mempunyai pelbagai idea untuk membantunya dalam merealisasikan impian memulakan usaha membuka kedai makan.

“Sebenarnya projek ini kami sudah rancang sejak tahun lalu cuma arwah ayah Piktam tak sihat tapi dia paling bersemangat nak bantu saya walaupun tengah sakit.

“Semua bapa saudara, saya memang anak-anak panggil ayah. Walaupun ayah Piktam sudah tiada, saya tetap akan teruskan impian arwah nak tengok kedai makan ini berjaya.

Artikel Berkaitan:

“Bapa saudara saya ini banyak beri sokongan kepada saya dan dia yang beri idea dan nak buat kedai makan macam rumah rakit sebab arwah pandai buat kerja kayu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Benjy berkata, meskipun ahli keluarga yang lain masih lagi bersedih, namun dia perlu bangkit daripada episod duka itu untuk memulakan operasi perniagaannya.

Tambah pesara tentera itu, kedai makannya akan dibuka dalam masa terdekat memandangkan majlis pembukaan sudah dilakukan sejak minggu lalu.

“Saya jangka dalam seminggu lagi akan buka untuk pastikan keluarga dalam keadaan okay dulu.

"Setakat ini keluarga okay cuma masing-masing cuba untuk bangkit daripada kesedihan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!