Fikirkan nasib alam di negara kita

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

APALAH nasib alam sekitar sekiranya aktiviti haram yang menyebabkan pelbagai pencemaran terus berleluasa.

Merak Jalanan ingin berkongsi apa yang kini melibatkan isu kilang haram yang memproses sampah elektronik atau e-waste.

Merak Jalanan difahamkan, kilang-kilang haram ini menyasarkan lokasi-lokasi terpencil seperti kawasan ladang kelapa sawit mahu pun di sebalik premis industri yang sah.

Sisa e-waste ini dipercayai diimport dari luar negara.

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada 26 Jun, Malaysia berdepan masalah lambakan e-waste seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen yang semakin meningkat iaitu lebih 365,000 tan setahun.

Sangat membimbangkan apabila proses untuk aktiviti ini dilakukan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan agensi penguat kuasa berkaitan.

Sampahnya ditanam di ladang kelapa sawit dan sisa asid dibuang begitu sahaja di tanah.

Apa akan jadi dan kesannya di masa hadapan? Itu yang sebenarnya merunsingkan Merak Jalanan sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius.

Artikel Berkaitan:

Kita bimbang pencemaran seumpama ini boleh beri kesan buruk kepada nyawa manusia.

Merak Jalanan tabik dengan tindakan serius beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia yang telah pun melaksanakan operasi khas menerusi Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram dengan tindakan mengesan, sita dan sebagainya.

Jelas, tindakan ini perlu diambil secara menyeluruh agar tiada pihak yang kaut untung dan kesannya masyarakat perlu tanggung.

Merak Jalanan percaya, apabila isu ini terus disuarakan, maka pihak berwajib akan terus ambil tindakan tanpa tolak ansur.

Isu ini mungkin awalnya dilihat remeh, tapi bayangkan pengusaha atau pemilik kilang haram ini 'kenyang' kaut untung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!