Pertandingan menatap wajah bekas kekasih paling lama

Penduduk setempat turut memeriahkan pertandingan tersebut. Agensi
Penduduk setempat turut memeriahkan pertandingan tersebut. Agensi
A
A
A

PALEMBANG - Menjelang sambutan kemerdekaan Indonesia yang disambut pada 17 Ogos ini, masyarakat di sini mengisinya dengan pelbagai aktiviti, ini termasuk mengadakan pertandingan yang pelik dan unik.

Antara pertandingan yang pelik termasuklah penganjur mengadakan pertandingan menatap wajah bekas kekasih paling lama.

"Perlumbaan itu berlangsung pada 11 Ogos lalu di desa Salam desa Salam Jaya Kecamatan Pabuaran Subang Provinsi Jawa Barat," lapor sebuah portal yang memetik hantaran Instagram penduduk.

Menerusi klip video hantaran itu memperlihatkan peserta yang kesemuanya lelaki masing-masing berlumba menatap wajah bekas kekasih mereka.

Peserta mengangkat gambar wajah bekas kekasih untuk ditatap. Agensi
Peserta mengangkat gambar wajah bekas kekasih untuk ditatap. Agensi

Mereka masing-masing ditemani oleh isteri yang terlihat memberi sokongan bagi membolehkan pasangan mereka memenangi pertandingan berkenaan.

Bagaimanapun hadiah kepada pemenang tidak didedahkan kepada umum.

Tarikh 17 Ogos setiap tahun merupakan ulang tahun Hari Kemerdekaan Indonesia daripada pemerintahan kolonial Belanda pada 1945.

Artikel Berkaitan:

Seperti tahun-tahun sebelumnya kecuali semasa republik itu dihambat pandemik Covid-19, sambutan kemerdekaan atau dikenali sebagai ‘tujuhbelasan’ oleh penduduk tempatan disambut dengan pelbagai aktiviti.- Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!