Lotus’s Malaysia lancar stor hibrid pertama

Lotus's Puchong kini tampil dengan wajah baharu yang menyediakan keselesaan dan persekitaran kondusif kepada pelanggan.
Lotus's Puchong kini tampil dengan wajah baharu yang menyediakan keselesaan dan persekitaran kondusif kepada pelanggan.
A
A
A

PUCHONG - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) cawangan Puchong kini dilancarkan sebagai stor hibrid pertama dengan menawarkan harga rendah untuk barangan terpilih apabila dibeli dalam jumlah besar.

Dilancarkan secara rasmi pada Khamis lalu, stor berkeluasan 5,000 meter persegi itu dipenuhi dengan lebih daripada 13,500 barisan produk termasuk 600 jenis untuk perniagaan, perkhidmatan makanan serta sektor perniagaan Hotel, Restoran dan Katering (HoReCa) seperti komoditi, keperluan memasak, produk segar, barang pembersihan rumah dan makanan dalam tin.

Menurut Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia, Neil Gurusamy, cawangan Lotus's Puchong tersebut ditambah baik dan kini tampil berwajah baharu khas untuk pengendali HoReCa, organisasi amal dan pengguna.

“Mengikut slogan pelancaran ‘Beli Lebih Untung Lebih’, stor hibrid ini menawarkan produk dengan harga yang rendah.

“Ia merupakan momen penting untuk jenama Lotus’s di samping membolehkan kami melayani segmen pasaran baharu seperti operator perniagaan dan HoReCa. Pada masa sama, kami kekal melayani pelanggan setia.

“Kami turut mengubah susunan barangan dengan kawasan yang lebih luas dan mempunyai kelengkapan peralatan baharu, ia akan memudahkan pilihan untuk produk HoReCa,” katanya.

NEIL GURUSAMY
NEIL GURUSAMY



Beliau berkata demikian selepas menghadiri acara Media Scavenger Hunt di sini pada Khamis yang lalu. Tambah Neil Gurusamy, matlamat stor tersebut adalah untuk memastikan pelanggan merasai tahap keselesaan, kemudahan dan nilai yang luar biasa.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga mempunyai dua kaunter pembayaran yang khas dan perkhidmatan pra pesanan untuk pembelian pukal,” jelasnya.

Selain itu, beliau mengharapkan semua pelanggan terutamanya HoReCa tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan bahan mentah yang berkualiti dan murah.

Beliau menjelaskan, pihaknya menawarkan harga lebih murah berbanding di pasar pagi.

“Pemilik perniagaan yang mempunyai gerai atau kedai boleh datang ke Lotus’s Puchong untuk mendapatkan keperluan perniagaan mereka. Jika barangan tersebut tidak didapati di Lotus’s Puchong, perbincangan boleh diadakan untuk memahami keperluan mereka.

“Dengan peluang yang diberikan ini, ia dapat memberi manfaat kepada golongan peniaga agar lebih jimat dari segi kos dan juga masa kerana mereka boleh membelibelah di sini pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

Tawaran dan aktiviti menarik

Menurut Neil Gurusamy, sempena pelancaran stor hibrid pertama, Lotus’s Malaysia menyediakan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik pada bulan Ogos 2024 seperti cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum RM120.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barang keperluan di pasar raya Lotus's Puchong.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barang keperluan di pasar raya Lotus's Puchong.



Beliau berkata, bagi ahli My Lotus’s mereka berpeluang mendapatkan baucar RM50 dengan pembelian RM600 dari 1 hingga 14 Ogos ini.

“Selain itu, tawaran diskaun RM1 untuk setiap 200 mata ganjaran My Lotus’s semasa pembayaran juga diadakan. Kami turut menyediakan aktiviti untuk memenangi produk jenama Lotus's dan baucar tunai Lotus’s.

“Mereka yang mengunjungi Lotus’s Puchong dan membelanja minimum RM50 ke atas akan diberi ‘beg goody’ dan baucar hadiah Lotus’s bernilai RM20,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi golongan ibu pula, mereka dapat menyaksikan demonstrasi makanan secara langsung oleh cef jemputan dan pensampelan makanan serta minuman.

Katanya, perkara yang paling mengujakan ialah apron edisi terhad Lotus’s untuk pelanggan perniagaan baharu yang mendaftar dari 1 hingga 14 Ogos 2024.

“Sementara itu, pelanggan bersama ahli keluarga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan Nintendo Switch apabila membelanjakan minimum RM30 di mana-mana penyewa atau pasar raya Lotus’s dari 1 hingga 11 Ogos ini.

Petting zoo juga disediakan pada 1 hingga 4 Ogos dan 10 hingga 11 Ogos 2024,” ujarnya.

Media Scavenger Hunt

Sementara itu, Neil Gurusamy berkata, Lotus’s Malaysia turut mengadakan Media Scavenger Hunt untuk meraikan pengamal media di samping beramal.

“Program ini telah berjaya mengumpul pelbagai makanan utama sebanyak 1,300 kilogram (kg) seperti beras, bihun, biskut, produk makanan dalam tin dan sebagainya.

“Makanan ini akan disumbangkan kepada The Food Aid Foundation untuk diagihkan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan. Diharapkan bantuan berkenaan dapat memberi manfaat kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Pengamal media menyertai program Scavenger Hunt di pasar raya Lotus’s Puchong pada Khamis lalu.
Pengamal media menyertai program Scavenger Hunt di pasar raya Lotus’s Puchong pada Khamis lalu.



Sementara itu, Pengurus Program dan Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) Food Aid Foundation, Muhammad Izzul Izham Mohammad Nordin berkata, kerjasama antara Lotus’s telah lama diadakan sejak tujuh tahun lalu dan sentiasa memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

Menurutnya, makanan yang diperoleh daripada Lotus’s Malaysia akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Lembah Klang.

MUHAMMAD IZZUL
MUHAMMAD IZZUL



“Kami berterima kasih kepada Lotus’s Malaysia kerana kolaborasi ini dapat membantu kira-kira 20,000 penerima kami. Setiap produk yang diselamatkan ini akan terus diberikan kepada rumah kebajikan bukan sahaja sekitar Lembah Klang malah Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Penerimanya terdiri daripada anak yatim, warga emas dan golongan kurang upaya. Jadi, saya harap ia berpanjangan kerana program sebegini memberi manfaat besar kepada masyarakat,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!