Suspek tikam dua wanita di Kelana Jaya ditahan di Kajang

Seorang lelaki bertindak ganas menyerang dan menikam dua wanita menggunakan pisau di sebuah tandas surau di Kelana Jaya, di sini ditahan pada pagi Selasa.
Seorang lelaki bertindak ganas menyerang dan menikam dua wanita menggunakan pisau di sebuah tandas surau di Kelana Jaya, di sini ditahan pada pagi Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki bertindak ganas menyerang dan menikam dua wanita menggunakan pisau di sebuah tandas surau di Kelana Jaya, di sini ditahan pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek warga tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di rumah kenalan di kawasan Kajang, jam 1.30 pagi.

"Berhubung kes tikam di tandas surau, pihak polis telah berjaya menahan suspek dan akan direman pagi ini.

"Suspek akan direman di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Shahrulnizam, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa telah keluar dari hospital.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan serangan yang dilakukan pada tengah hari Jumaat mengakibatkan kedua-dua mangsa warga tempatan mengalami kecederaan.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita warga tempatan jam 1.48 tengah hari menyatakan dua wanita mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.

Seorang mangsa cedera dilibas di perut dan kepala, manakala seorang lagi mangsa yang merupakan guru mengalami luka besar di lengan tangan kiri.

Artikel Berkaitan:

Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam berada dalam keadaan stabil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!