Segala usaha Tun M gagal - Puad Zarkashi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan hero yang menjatuhkannya sebagai pemimpin nombor satu negara ketika itu seperti didakwa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan hero yang menjatuhkannya sebagai pemimpin nombor satu negara ketika itu seperti didakwa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peletakan jawatan disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mahu mendengar nasihatnya adalah bukti bahawa nasihat daripada beliau tidak lagi laku.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan Dr Mahathir itu benar malah usaha mahu menjadi Perdana Menteri interim adalah bukti bahawa beliau enggan melepaskan jawatan tertinggi itu.

“Itu pun gagal (usaha mahu jadi Perdana Menteri interim). Terpaksalah dia letak jawatan.

“Ketika itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mahu Tun M kekal. Mahathir tubuh Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) untuk kembali jadi Perdana Menteri tetapi masa telah pun berakhir.

“Segala-galanya gagal. UMNO tidak mati. Anwar dapat juga jadi Perdana Menteri dan anaknya (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) tersisih. Tun M hanya berjaya memenjarakan Najib,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Dr Mahathir menjelaskan, keputusan beliau untuk meletak jawatan secara terhormat dibuat disebabkan Bersatu menolak nasihatnya, bukan ada kaitan dengan usaha untuk mengharamkan UMNO.

Beliau berkata demikian susulan menjawab kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman parti tersebut.

Menurut Ahmad Zahid, tindakan luar biasa terbabit terpaksa dilakukan untuk menolak Dr Mahathir yang ingin mengharamkan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, Dr Mahathir merupakan individu yang tidak gemar mengalah, namun disebabkan hal itu beliau terpaksa mengalah.

“Oleh itu, sumbangan Ahmad Zahid menjatuhkan kerajaan 22 bulan Tun M dan kerajaan 17 bulan Muhyiddin serta UMNO berkongsi kuasa pada hari ini adalah benar,”

“Tun M tidak suka mengalah tetapi kali ini dia kalah. UMNO masih ada tempat berbakti kepada rakyat. Berehatlah Tun. Jasamu tetap dikenang,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!