Dendam emas membara di Olimpik Los Angeles 2028

Malaysia menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ke-80 bersama Albania, Grenada dan Puerto Rico selepas meraih dua pingat gangsa, tanpa kilauan emas yang diidam-idamkan selama ini.
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ke-80 bersama Albania, Grenada dan Puerto Rico selepas meraih dua pingat gangsa, tanpa kilauan emas yang diidam-idamkan selama ini.
A
A
A

DENDAM untuk memburu emas pertama di Sukan Olimpik terus membara selepas kegagalan untuk meraih kilauan pingat itu di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan, persiapan atlet untuk edisi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 perlu dipersiapkan daripada sekarang untuk memadamkan penantian lama tersebut.

"Kalau tanya saya memanglah selaku ketua kontinjen termasuk semua pihak, menteri dan sebagainya nak emas dan kita berusaha ke arah itu namun gagal.

"Jadi kalau tanya saya dendam itu membara di Los Angeles 2028. Kita mesti berusaha untuk dapatkan emas dari sekarang sebab Olimpik ini tempat satu dunia beraksi dan kejohanan sangat elit.

"Perlukan pengorbanan, bukan hanya kerajaan, persatuan atau Majlis Sukan Negara, tetapi atlet juga perlu berkorban.

"Bukan hanya semasa hari bertanding di Olimpik sahaja tetapi perlu bermula sekarang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.

Pada edisi Olimpik kali ini, kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa dari gelanggang badminton menerusi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keseluruhan prestasi kontinjen negara, Hamidin menjelaskan beberapa atlet menunjukkan peningkatan berbanding prestasi mereka terdahulu.

Artikel Berkaitan:

"Sebahagian besar atlet kita menunjukkan peningkatan daripada rekod mereka.

"Kita boleh tengok badminton, angkat berat dan sebaginya. Ini satu peningkatan yang bagus walaupun kita dapat dua pingat gangsa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!