MK Land Hunt eratkan hubungan syarikat, media dan PBT

Para peserta MK Land Hunt yang terdiri daripada pengamal media dan pihak berkuasa tempatan bergambar bersama staf MK Land sebelum majlis pelepasan pada Sabtu.
Para peserta MK Land Hunt yang terdiri daripada pengamal media dan pihak berkuasa tempatan bergambar bersama staf MK Land sebelum majlis pelepasan pada Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERAH – Sempena ulang tahunnya yang ke-25, MK Land Holdings Berhad (MK Land) telah menganjurkan ‘MK Land Hunt 2024’ yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad, menggabungkan wakil-wakil media dan pihak berkuasa tempatan dalam satu pengembaraan dua hari yang penuh dengan keseronokan.

Acara berkenaan menyaksikan penyertaan kira-kira 70 peserta daripada pelbagai saluran media utama di seluruh negara serta wakil-wakil daripada pihak berkuasa tempatan di Ipoh dan Petaling Jaya.

Acara tersebut dimulakan dengan majlis pelepasan di Galeri Jualan Rafflesia MK Land di Damansara Perdana.

Para peserta memulakan perjalanan yang membawa mereka ke tapak-tapak pembangunan utama MK Land, termasuk Damansara Damai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung, Meru Perdana di Ipoh dan Lembah Beriah di Kerian.

Destinasi terakhir check point membawa mereka ke Bukit Merah Laketown Resort yang tenang di mana mereka disambut dengan jamuan hi-tea setibanya di sana.

Acara kemuncak adalah majlis makan malam bertemakan ‘Malam Pesta Muda Mudi’ yang dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif MK Land, Tan Sri Felina Tan Sri Mustapha Kamal, bersama suaminya, Megat Azhar Hussein.

Turut hadir adalah pasukan pengurusan kanan, termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan; Ahmad Soalahuddin At-Thani, Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Perkhidmatan Korporat); Nazri Tumin dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan Tenaga Boleh Baharu dan Risiko), Frankie Chai.

Dalam ucapan aluannya, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan di MK Land, Shahreen Rahim, menekankan kepentingan inisiatif ini.

Artikel Berkaitan:

"Acara ini adalah bukti komitmen MK Land untuk memperkukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utama kami, terutamanya media dan pihak berkuasa tempatan.

“Sempena ulang tahun ke-25 kami, kami berbangga dapat membawa semua orang bersama untuk menikmati hujung minggu yang penuh persahabatan dan kegembiraan," katanya.

Majlis makan malam tersebut juga menjadi platform untuk mengumumkan pemenang MK Land Hunt 2024’.

Pasukan dari BERNAMA berjaya membawa pulang hadiah utama sebanyak RM3,000. Tempat kedua, dengan hadiah sebanyak RM2,000, dimenangi oleh pasukan dari The Malaysian Reserve, manakala pasukan Media Prima (OMNiA) menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM1,000.

Selain daripada hadiah pertandingan, 25 hadiah cabutan bertuah turut diedarkan kepada para peserta bagi memperingati sambutan jubli perak ke-25 MK Land.

Ketika MK Land menyambut 25 tahun kejayaan dan inovasi, syarikat ini tetap komited untuk membina hubungan yang berkekalan dan menyampaikan kecemerlangan dalam segala usaha mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!