[VIDEO] Guru mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah

A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas empat pertuduhan rasuah terhadapnya.

Abdul Aziz Husin, 54, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Aziz didakwa menerima suapan wang berjumlah RM10,000 daripada Zurkornain Abdul Manan, 56, iaitu pemilik Syarikat NainTrading ketika berada di sebuah Maybank cawangan Kota Tinggi pada 9 November 2022.

Abdul Aziz (kanan) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa.
Abdul Aziz (kanan) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Aziz pada tarikh dan lokasi sama didakwa diberikan satu suapan wang berjumlah RM5,000 daripada Rohana Husain, 54.

Dalam pertuduhan ketiga pula Abdul Aziz didakwa diberikan suapan iaitu wang berjumlah RM1,300 daripada Rohana Husain, 54, pada tarikh dan lokasi sama.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, Abdul Aziz didakwa menerima suapan wang berjumlah RM17,070.10 daripada Zurkornain di Maybank cawangan Kota Tinggi pada 17 Januari 2023.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, Abdul Aziz didakwa melanggar peruntukan Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 25(2) akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Abdul Aziz juga boleh dlidenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Peguam, Mohd Razak Sharif, bagaimanapun memohon agar jaminan berkenaan dikurangkan kepada RM20,000 atas alasan Abdul Aziz masih menanggung enam anaknya yang masih belajar iaitu tiga di institusi pengajian tinggi (IPT), satu di sekolah menengah dan dua di sekolah rendah.

Selain itu, Mohd Razak berkata, Abdul Razak juga menanggung nafkah kedua ibu bapa serta mertuanya.

Abdul Razak turut memohon agar Abdul Aziz dibenarkan melapor diri di Pejabat SPRM Batu Pahat, kerana Abdul Aziz masih menetap dan bekerja di Batu Pahat.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan dikurangkan sebanyak RM20,000 dan Abdul Aziz perlu melapor diri tanpa gagal di Pejabat SPRM Batu Pahat, sebulan sekali tanpa gagal.

Mahkamah kemudiannya memutuskan tarikh 8 September 2024, sebagai tarikh sebutan semula kes dan tarikh serahan dokumen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!