Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih

Azizulhasni ketika sesi memanas badan sebelum beraksi acara basikal trek keirin lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. Foto Bernama
Azizulhasni ketika sesi memanas badan sebelum beraksi acara basikal trek keirin lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. Foto Bernama
A
A
A

SUDAH tiba masanya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencurahkan bakti beliau menjadi jurulatih selepas mengumumkan persaraan berakhirnya Olimpik Paris 2024 pada Isnin.

Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.

"Saya rasa mungkin dengan umur beliau sekarang 36 dan Olimpik akan datang 40 tahun sukar untuk beliau bersaing dengan pelumba muda.

"Mungkin saya rasa ini masanya untuk beliau menabur bakti sebagai jurulatih atau penasihat dengan pengalaman lima kali beliau di Olimpik," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.

Mengulas mengenai kelompongan yang akan timbul dengan ketiadaan Azizulhasni dalam pasukan berbasikal trek, Hamidin percaya Shah Firdaus Sahrom sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar membawa pingat kepada negara di Olimpik Los Angeles 2028.

"Saya fikir Shah Firdaus dan adik beliau (Ridwan Sahrom) berupaya untuk mengisi tempat di Olimpik akan datang," katanya.

Sebelum ini, Azizulhasni memberikan bayangan bersara apabila telah berjanji kepada keluarganya bahawa Paris 2024 akan menjadi sukan Olimpik terakhirnya selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022.

Di Olimpik Paris, beliau tidak bernasib baik apabila dibatalkan penyertaan pada pusingan pertama acara keirin akibat kesalahan melintas pacer.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, beliau memenangi pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebelum merangkul pingat perak di Tokyo 2020 selain pernah memenangi pingat emas keirin pada Kejohanan Dunia 2017.

@sinarharianonline

Sudah tiba masanya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencurahkan bakti beliau menjadi jurulatih selepas mengumumkan persaraan berakhirnya Olimpik Paris 2024 pada Isnin. Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara. #SinarHarian #fyp #AzizulhasniAwang #OlimpikParis2024 #ThePocketRocketman

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!