91.5 peratus jaminan kebolehpasaran graduan di UPTM

 UPTM jenama baharu KUPTM menjanjikan kebolehpasaran graduan setelah tamat pengajian.
UPTM jenama baharu KUPTM menjanjikan kebolehpasaran graduan setelah tamat pengajian.
A
A
A

Dahulunya lebih dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) tetapi kini institusi pendidikan itu mula melakar sejarah baharu dan diiktiraf universiti penuh iaitu Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Pengiktirafan yang diterima pada 6 Januari 2023 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadikan UPTM sebagai sebuah institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kedua bertaraf universiti penuh.

Tidak hanya itu, MARA juga menawarkan pelbagai kemudahan yang mampu menarik minat pelajar mengikuti pengajian di institusi pendidikan tersebut antaranya pinjaman MARA yang merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup.

Ikuti sesi wawancara wartawan SINAR BESTARI, AZLEENDA SAHALUDIN bersama Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang universiti baharu di bawah MARA ini.

Sharifah Syahirah (kanan) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Bestari, Azleenda Sahaludin di UPTM, baru-baru ini.
Sharifah Syahirah (kanan) sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sinar Bestari, Azleenda Sahaludin di UPTM, baru-baru ini.

SINAR BESTARI: Tahniah kerana dilantik sebagai Naib Canselor UPTM, sekali gus menjadi wanita pertama memegang tanggungjawab besar ini. Boleh Dr kongsikan bagaimana perjalanan untuk sampai ke tahap ini?

SHARIFAH SYAHIRAH: Terima kasih kepada Sinar Bestari kerana sudi memperkenalkan lagi UPTM kepada masyarakat. Alhamdulillah, pada 15 Januari lalu, saya telah dilantik sebagai Naib Canselor UPTM yang merupakan universiti baharu yang dinaik taraf daripada KUPTM.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, saya memikul tanggungjawab sebagai Dekan di Institut Pengajian Siswazah (IGS) yang memantau pembelajaran peringkat ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Saya juga aktif dalam kepimpinan komuniti menerusi Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia.

Kepimpinan dan pemerkasaan golongan wanita menerusi pendidikan tinggi antara aspek yang Dr perjuangkan. Mengapa?

Dalam satu kajian yang saya laksanakan bersama akademi kepimpinan KPT mendapati ramai wanita dalam sektor pengajian tinggi. Populasi ini hampir mencecah 60 peratus termasuklah pelajarnya.

Namun dari sudut kepimpinan, boleh dikira dengan jari berapa ramai jawatan naib canselor atau timbalan naib canselor dipikul oleh wanita.

Bagi saya, perkara ini bukanlah untuk menidakkan kepimpinan lelaki tetapi ia lebih ke arah mahukan keseimbangan dan pengiktirafan antara lelaki serta wanita sebagai seorang pemimpin.

Mengapa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak-anak muda perlu menjadikan UPTM sebagai salah satu pilihan institusi untuk menyambung pelajaran?

Di UPTM, kami bukan sahaja menawarkan 29 program yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan MQA tetapi juga menitikberatkan nilai lain, dari segi perkembangan kerjaya dan peningkatan prestasi peribadi.

Insya-ALLAH dalam masa terdekat, semua program kami bukan sekadar mendapat sijil ijazah atau diploma, malah berpeluang memperoleh sijil profesional seperti •Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Management Institute (CMI) dan banyak lagi.

Justeru, kami amat mengalu-alukan pelajar bukan sahaja Bumiputera tetapi semua rakyat Malaysia seperti kaum Cina, India, dari Sabah dan Sarawak untuk datang menuntut ilmu di sini serta memeriahkan lagi suasana pembelajaran.

Bagaimana pula dengan kos yang perlu ditanggung pelajar sekiranya mereka menuntut ilmu di UPTM?

UPTM bukan sahaja menawarkan 29 program yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan MQA tetapi juga menitikberatkan nilai lain dari segi perkembangan kerjaya dan peningkatan prestasi peribadi.
UPTM bukan sahaja menawarkan 29 program yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan MQA tetapi juga menitikberatkan nilai lain dari segi perkembangan kerjaya dan peningkatan prestasi peribadi.

Dari sudut pembayaran, sebenarnya tidak terlalu membebankan ibu bapa. Malah MARA ada menyediakan skim pinjaman boleh ubah sekiranya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

Tidak hanya itu, MARA turut menyediakan elaun sara hidup harian dan bulanan bagi setiap peringkat sama ada diploma, ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana. Dari sudut pembayaran lain untuk kemasukan awal, pelajar hanya perlu langsaikan yuran pendaftaran sebanyak RM250 dan RM150 bagi bayaran pengesahan.

Di UPTM, kami bukan sahaja menawarkan 29 program yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan MQA tetapi juga menitikberatkan nilai lain dari segi perkembangan kerjaya dan peningkatan prestasi peribadi.”- Sharifah Syahirah.

Apakah perbezaan UPTM dengan KPTM?

KPTM lebih memfokuskan kepada pembelajaran peringkat diploma. Sebenarnya institusi ini sudah berusia 34 tahun, menunjukkan ia bukan sebuah organisasi baharu.

Namun setelah dinaiktaraf kepada universiti penuh, kita perbanyakkan lagi program pengajian peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah yang turut menumpukan kepada kajian, penyelidikan serta penerbitan.

Setakat ini, ada berapa fakulti di UPTM?

UPTM mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Pengkomputeran & Multimedia, Fakulti Perniagaan & Perakaunan serta Fakulti Pendidikan Sains Sosial & Kemanusiaan.

Selain itu, kita juga mempunyai Institut Pengajian Siswazah dan Institut Pengajian Profesional. Kita turut mempunyai subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar UPTM di bawah Pusat Pengajian Islam, Am dan Bahasa.

Berapa peratuskah kejayaan lepasan UPTM untuk memasuki sektor pekerjaan?

Saya boleh katakan dari sudut kebolehpasaran graduan UPTM adalah sebanyak 91.5 peratus, selain turut mempunyai kejayaan-kejayaan lain yang belum diukur, namun sudah boleh lihat ketrampilan mereka. Ia termasuklah dari sudut kokurikulum seperti sukan, debat dan lain-lain lagi.

No Image Caption

Seperti yang diketahui, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki amat tegas dalam membantu pelajar terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Adakah di UPTM juga mendukung amanat ini?

Disebabkan kami merupakan universiti di bawah MARA, sudah pastinya kami sokong mandat Pengerusi MARA. Salah satunya dari segi 3P iaitu penyertaan yang tergolong dalam aspek ekonomi.

Selain pinjaman MARA, pelajar yang tidak berkemampuan boleh memohon bantuan kewangan daripada zakat untuk membantu meringankan sedikit beban. Jadi para pelajar tidak perlu risau sebab kita melihat kejayaan seseorang itu adalah disebabkan oleh usaha dia sendiri.

Kami di UPTM hanyalah bertindak sebagai platform untuk melonjakkan lagi kejayaan para pelajar selagi mereka mahu berusaha. Kami juga mengalu-alukan semua pelajar lain supaya dapat mengurangkan jurang kerana akhirnya kita adalah rakyat Malaysia yang perlu berganding bahu memajukan negara.

Saya amat berterima kasih kepada MARA khususnya pengerusi sendiri yang selalu mengetengahkan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuklah UPTM dan KPTM agar masyarakat tahu serta cakna akan peluang pendidikan yang disediakan.

Nasihat Dr kepada pelajar lepasan SPM atau mereka yang masih mencari tempat untuk menyambung pelajaran?

Pendidikan merupakan aspek penting untuk mengukur kejayaan seseorang dalam kehidupan.

Nasihat saya, menyambung pelajaran itu penting kerana ia untuk diri sendiri dan kitalah yang mencorakkan dan merancang perjalanan hidup.

Sambunglah pelajaran di mana-mana tetapi sekiranya berminat untuk menyambung di UPTM, kami sememangnya menawarkan pengajian yang bukan sahaja berkualiti tetapi jaminan kebolehpasaran para graduan.

Membawa slogan Amazing UPTM, Be Part Of Our Amazing Story menjadikan universiti ini sebagai institusi pendidikan yang sentiasa melahirkan graduan yang cemerlang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!