Pegawai tadbir MPAG didenda RM2,000 terima suapan

Mohd Rozaiman (kiri) ketika diringi pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
Mohd Rozaiman (kiri) ketika diringi pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang pegawai tadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM900 daripada seorang kontraktor pengiklanan bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan di pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Tertuduh, Mohd Rozaiman Rahmat,45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa telah menerima suatu balasan iaitu wang tunai berjumlah RM400 dan RM2,000 daripada pemilik syarikat pengiklanan, Ong Ah Siong yang mana tertuduh mengetahui individu berkenaan mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tindakan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Alor Gajah, Jalan Simpang Ampat di sini, pada 31 Mac dan 6 September 2022.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh sebagai Ketua Unit Kutipan Tunggakkan MPAG telah menerima suatu balasan iaitu wang tunai RM500 daripada individu sama di lokasi sama, pada 18 April tahun lalu.

Pendakwaan bagi kesemua pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun dengan denda atau keduanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Syakila Yaacob memohon tertuduh dikenakan hukuman berat mengambil kira faktor kepentingan orang awam selain mencadangkan denda RM2,000 bagi kesemua pertuduhan dan memohon pertuduhan kedua digugurkan (TIC) berdasarkan Seksyen 171(A) Kanun Tatacara Jenayah.

Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung dua anak yang masih sekolah selain menyara bapa kandung serta ibu mertua yang memerlukan kos perubatan dialisis setiap minggu.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi pertuduhan pertama dan ketiga atau dua bulan penjara jika gagal bayar sementara pertuduhan kedua digugurkan seperti dipohon pendakwaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!