Ujian DNA pasangan warga emas rentung diketahui tiga hari lagi

Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh sebagai kes bunuh.
Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh sebagai kes bunuh.
A
A
A

MUAR - Polis menjangkakan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pasangan suami isteri warga emas yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh dekat sini, diketahui tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan kimia siap bagi menentukan jantina mayat yang rentung itu.

Raiz Mukhliz
Raiz Mukhliz

“Pihak polis dan pasukan perubatan masih menunggu laporan sampel DNA daripada Jabatan Kimia dan dijangka dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Ia bagi menentukan jantina mayat mangsa yang dilaporkan terbakar 80 peratus dalam kejadian kebakaran terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Raiz Mukhliz turut memaklumkan seorang lagi mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, yang patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul bapa saudaranya masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan usaha giat dilakukan bagi menangkap suspek utama iaitu anak pasangan warga emas berkenaan dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, yang dipercayai bersembunyi di daerah berdekatan.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, tiga sekeluarga maut apabila rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan di sini, kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, manakala seorang lagi kanak-kanak iaitu cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Pada Sabtu, polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam tragedi kebakaran itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia selepas siasatan lanjut di lokasi kejadian dan hasil laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapat terdapat unsur jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!