Scammer 'petik' nama AMLA untuk menipu

Muhammed Hasbullah
Muhammed Hasbullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengesan kewujudan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pasukan itu untuk memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan.

Ketua Pasukan AMLA Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, ini termasuklah kegiatan yang dilakukan sindiket penipuan serta pengamal undang-undang.

"Baru-baru ini ada kes scammer guna nama AMLA perdaya pasangan suami isteri hingga rugi RM120,000.

"Kita juga kesan ada iklan di Facebook menawarkan khidmat kononnya untuk menyelesaikan kes babit AMLA," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Selasa.

Muhammed Hasbullah berkata, masyarakat diingatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan kes-kes seperti itu.

Katanya, sekiranya masyarakat ragu-ragu atau was-was apabila dihubungi individu mendakwa sebagai pegawai AMLA, mereka boleh merujuk perkara itu kepada pihak polis untuk pengesahan.

"Saya tekankan supaya orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan pihak yang ambil kesempatan atas kesempitan.

"Kita tidak berkompromi dan tidak mahu orang ramai alami kerugian kerana terpengaruh dan terpedaya dengan modus operandi penipuan ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!