Lelaki autisme didakwa sengaja jatuhkan basikal, hampir cetus kemalangan

Salah satu rakaman yang tular memaparkan seorang penunggang basikal sengaja menjatuhkan basikalnya di Taman Rakyat pada Jumaat lalu.
Salah satu rakaman yang tular memaparkan seorang penunggang basikal sengaja menjatuhkan basikalnya di Taman Rakyat pada Jumaat lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang penunggang basikal yang juga pesakit autisme berusia 24 tahun didakwa sengaja menjatuhkan basikal sehingga hampir mencetuskan kemalangan jalan raya di Taman Rakyat di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Siti Nor Salawati Saad berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3 petang selepas pihaknya mengesan dua rakaman berhubung kejadian itu tular di media sosial pada Selasa.

Siti Nor Salawati
Siti Nor Salawati

Susulan itu katanya, polis telah mengenal pasti pelaku sebagaimana dalam video tular.

"Pelaku dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dan semakan mendapati dia merupakan seorang pesakit autisme," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, waris pelaku tersebut juga telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk dirakam keterangan.

"Bagaimanapun, setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berkaitan video tular berkenaan.

"Mana-mana saksi kejadian boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar atau menghubungi talian 04747222 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!