SPRM rasmi pejabat cawangan baharu di Cameron Highlands

Ahmad Khusairi menandatangani plak perasmian pejabat SPRM cawangan baharu di Cameron Highlands pada Selasa.
Ahmad Khusairi menandatangani plak perasmian pejabat SPRM cawangan baharu di Cameron Highlands pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merasmikan pejabat cawangan baharu di Cameron Highlands pada Selasa.

Perasmian pejabat cawangan baharu yang beroperasi sejak 1 Julai lalu itu disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan, pejabat berkeluasan 57.8 meter persegi yang terletak di C-1-29, Cameron Fair Jalan Persiaran Camelia, Tanah Rata itu menempatkan empat pegawai.

Menurutnya, pejabat itu dilengkapi bilik ketua cawangan, bilik merakam kenyataan dan ruang kerja.

"Pembukaan pejabat ini sebagai usaha memperluas perkhidmatan sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat berurusan dengan SPRM.

"Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 05-485 0007," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!