Lori terbalik sebelum terbakar berhampiran Plaza Tol Duta

Tangkap layar video tular keadaan lori terbalik sebelum terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut di sini pada Selasa.
Tangkap layar video tular keadaan lori terbalik sebelum terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki nyaris maut selepas lori dipandunya terbabas dan terbalik sebelum terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut di sini pada Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rosdi Yussof berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.03 tengah hari.

"Seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja mengalihkan lori yang terbakar selepas terlibat kemalangan dijalankan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut pada Selasa.
Kerja-kerja mengalihkan lori yang terbakar selepas terlibat kemalangan dijalankan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut pada Selasa.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 12.12 tengah hari, terdapat sebuah lori mengalami kemalangan dan terbakar di bahagian hadapan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kebakaran kemudiannya dipadamkan anggota bomba bertugas.

"Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 50 peratus.

"Pemandu lori berumur 30-an mengalami kecederaan di tangan dan kepala diserahkan petugas perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebakaran kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi tamat pada jam 1.48 petang.

"Punca kebakaran setakat ini masih dalam siasatan," katanya.

@sinarharianonline Seorang lelaki nyaris maut selepas lori dipandunya terbabas dan terbalik sebelum terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut di sini pada Selasa. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rosdi Yussof berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.03 tengah hari. Pemandu lori berumur 30-an mengalami kecederaan di tangan dan kepala diserahkan petugas perubatan untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kebakaran kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi tamat pada jam 1.48 petang. #SinarHarian#SinarTerkini#Lori#Terbakar#Kemalanganjalanraya#KualaLumpur#Video#Viral original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!