Snoop Dogg dibayar RM2.3 juta sehari jadi wartawan Olimpik

Bukan sahaja tampil dengan ulasan lucu, gaya Snoop Dogg juga tidak mengecewakan.
Bukan sahaja tampil dengan ulasan lucu, gaya Snoop Dogg juga tidak mengecewakan.
A
A
A

PENYANYI rap terkenal, Snoop Dogg dilaporkan memiliki harta bernilai RM715 juta, tetapi ia tidak menghalang bintang berusia 52 tahun itu terus meraih pendapatan lumayan sebagai wartawan khas di Sukan Olimpik Paris.

Menerusi laporan The Independent, penyanyi yang terkenal dengan lagu Drop It Like It's Hot itu dibayar sebanyak RM2.3 juta sehari oleh NBC.

Dogg menarik perhatian ramai apabila tampil membuat ulasan dengan gaya lucu sepanjang temasya sukan terbesar dunia ini berlangsung.

Dalam satu hantaran di X, McNamara mendedahkan Snoop Dogg dibayar sebanyak AS$500,000 (kira-kira RM2.3 juta) sehari, termasuk perbelanjaan tambahan.

Ini bermakna, dalam tempoh 16 hari Olimpik, pemilik nama sebenar Calvin Cordozar Broadus Jr itu meraih sejumlah AS$8 juta (sekitar RM37 juta).

Bagaimanapun bagi segelintir peminat, bayaran itu berbaloi kerana Snoop Dogg tampil cemerlang dengan gaya berbeza di setiap kemunculannya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!