Lotus's Malaysia naik taraf makmal SK Methodist ACS Seremban

Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dibawah semangat #KitakanJiran dengan menaik taraf dua makmal di Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) di sini.
Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dibawah semangat #KitakanJiran dengan menaik taraf dua makmal di Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) di sini.
A
A
A

SEREMBAN - Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah semangat #KitakanJiran dengan menaik taraf dua makmal di Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist (ACS) di sini.

Ketua Komunikasi dan Kelestarian Lotus’s Malaysia, Hanim Hamdan berkata, ia membabitkan kerja menaik taraf makmal komputer dan makmal reka bentuk dan teknologi dengan kos kira-kira RM80,000.

"Sekolah ini merupakan salah satu daripada 63 sekolah angkat di bawah program Lotus’s dengan Yayasan PINTAR di seluruh Semenanjung Malaysia. Kebanyakan sekolah ini terdiri daripada murid dalam keluarga B40.

"Berhubung dana CSR ini pula asalnya daripada Lotus's Ceria Charity Run 2023 yang mana sumbangan RM150,000 daripada jumlah kutipan tersebut digunakan untuk program CSR di dua buah sekolah iaitu SK Methodist ACS Seremban dan SK Pandan Jaya, Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas selesai majlis perasmian dua makmal tersebut di SK Methodist ACS Seremban pada Selasa.

Dari kiri Nik Justin, Selvam, Hanim dan Norazlina ketika merasmikan makmal komputer di Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist (ACS) Seremban.
Dari kiri Nik Justin, Selvam, Hanim dan Norazlina ketika merasmikan makmal komputer di Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist (ACS) Seremban.

Hadir sama, Guru Besar SK Methodist ACS, P Selvam; Pengurus Besar Yayasan PINTAR, Norazlina Masom serta Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin.

Dalam pada itu, Hanim berkata, projek berkenaan mengambil masa sekitar lima minggu dengan melibatkan kerja penukaran pendawaian elektrik, tingkap termasuk pembelian kerusi dan meja baru sekali gus memberi nafas baharu buat murid sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Makmal reka bentuk dan teknologi yang telah dinaik taraf hasil program CSR Lotus Malaysia.
Makmal reka bentuk dan teknologi yang telah dinaik taraf hasil program CSR Lotus Malaysia.

"Usaha ini secara tidak langsung memberi semangat kepada murid termasuklah guru-guru untuk melakukan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan suasana yang lebih ceria serta selesa.

"Justeru adalah besar harapan kami agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya selain memberi kelegaan kepada ibu ayah yang menghantar anak-anak ke sekolah dengan fasiliti lebih baik berbanding sebelumnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!