Tauliah mengajar ditarik: Ustaz Don diberi tempoh 14 hari buat rayuan

Kerajaan Selangor menarik balik tauliah mengajar diberikan kepada pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid bermula 24 Julai lalu. Gambar kecil: Mohd Shahzihan
Kerajaan Selangor menarik balik tauliah mengajar diberikan kepada pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid bermula 24 Julai lalu. Gambar kecil: Mohd Shahzihan
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajiddi diberikan tempoh 14 hari untuk merayu selepas tauliah mengajar ditarik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tempoh itu berkuat kuasa dari tarikh surat penarikan tauliah diterima Ustaz Don.

Menurut beliau, surat penarikan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai lalu.

"JAIS mengesahkan tauliah mengajar di negeri Selangor terhadap Ustaz Don telah ditarik menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah pada 24 Julai lalu.

"Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, kerajaan Selangor menarik balik tauliah mengajar diberikan kepada Ustaz Don Daniyal bermula 24 Julai lalu.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah mengesahkan perkara itu selepas edaran surat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tular di media sosial pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!