'Ustaz tidak bersalah...' - Nora Ariffin

Perkongsian yang dibuat Nora lewat malam tadi.
Perkongsian yang dibuat Nora lewat malam tadi.
A
A
A

PENYANYI Datuk Nora Ariffin tampil mempertahankan bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli selepas video Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu melafazkan talak terhadapnya tular di media sosial.

Jelas Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, lafaz talak yang dibuat atas arahan yang diberikan terhadap bekas suaminya itu.

“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

“Iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story miliknya.

Bagaimanapun pelantun Di Persimpangan Dilema itu tidak memberi penjelasan terperinci dan memberitahu turut terkejut dengan video berkenaan.

Selepas tiga tahun bergelar suami isteri, Nora reda apabila kembali menjadi ibu tunggal.
Selepas tiga tahun bergelar suami isteri, Nora reda apabila kembali menjadi ibu tunggal.

“Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah ALLAH bersamaku,” luahnya.

Terdahulu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Artikel Berkaitan:

Nora sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga kawan baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi dalam satu majlis yang tidak didedahkan perinciannya pada tahun 2021.

Johan dan Nora pula mendirikan rumah tangga pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!