Ibu Sanusi dirawat di ICU akibat serangan jantung

Muhammad Sanusi ketika menziarahi ibunya di ICU Hospital Sultanah Bahiyah.
Muhammad Sanusi ketika menziarahi ibunya di ICU Hospital Sultanah Bahiyah.
A
A
A

ALOR SETAR - Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak Isnin.

Meriam Ahmad, 74, ditidurkan sejak semalam dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya, di Sik.

Muhammad Sanusi ketika dihubungi memaklumkan, ibunya dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan awal sebelum doktor memutuskan untuk memindahkan Meriam ke HSB pada hari sama.

Muhammad Sanusi (kiri) bersama bapanya, Md Nor Taib (dua dari kiri) dan ibunya, Meriam (dua dari kanan) serta isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada Ogos tahun lepas.

“Emak saya dimasukkan ke wad Hospital Sik pada awalnya. Ditidurkan sebelum dibawa ke HSB dan kini ditempatkan di ICU.

“Emak sememangnya mengalami masalah jantung sejak berbelas tahun lalu, kemungkinan malam tadi dia dipercayai mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, doktor turut mengesahkan ibunya juga mengalami strok dan kini dalam penjagaan rapi pihak hospital.

“Saya doakan agar emak cepat sembuh dan kembali pulih,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!