Pengerusi Kesedar mahu saman Takiyuddin

Zawawi (kanan) semasa sidang media pada Selasa.
Zawawi (kanan) semasa sidang media pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berdepan saman daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Zawawi Othman.

Zawawi berkata, tindakan itu dibuat selepas pemimpin tersebut didakwa memutar belit fakta sehingga menjejaskan nama agensi berkenaan.

"Kita sudah lantik peguam. Peguam saya akan maklumkan tindakan lanjut yang akan diambil terhadap Takiyuddin," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini pada Selasa.

Menurut beliau, ketika ini pihak peguam sedang melakukan penilaian sebelum memutuskan tindakan lanjut diambil ke atas pemimpin pembangkang itu.

"Kita (Kesedar) akan perbetulkan apa yang mereka kata (berhubung tuduhan terhadap Kesedar).

"Kita akan buat tuntutan atas nasihat peguam," katanya.

Ujarnya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tidak bermoral dengan menggelar seseorang individu sebagai ‘pondan’.

Sebelum ini, pada 9 Ogos lalu, Takiyuddin mendakwa dia dipanggil polis susulan kenyataannya ketika ceramah bahawa Kesedar tidak memproses beribu lot tanah untuk diluluskan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Kata Takiyuddin, beliau akan tetap mempertahankan kenyataannya meskipun berdepan ugutan tindakan undang-undang termasuk laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO Gua Musang.

“Polis telah panggil, kita akan pergi. Cuma (setakat ini) tak sempat pergi lagi sebab sibuk. Kerana ada laporan polis dari Pemuda UMNO kata saya ugut, ugut ke macam itu?

“Jangan main laporan polis, jangan main di mahkamah, tapi kalau nak main sungguh tak apa kita mainlah lepas ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!