Lelaki maut dipijak gajah

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Nor Azman)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Nor Azman)
A
A
A

ROMPIN - Seorang lelaki warga Indonesia maut dipijak gajah dalam kejadian di kawasan Ladang Rangkaian Tebu Hitam di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun itu maut di tempat kejadian.

"Berdasarkan laporan, seorang pekerja ladang yang juga pengadu melihat mangsa berlari ketakutan menuju ke arahnya pada jam 3 petang akibat dikejar tiga ekor gajah.

"Dalam situasi cemas itu, pengadu turut berlari menyelamatkan diri bersama seorang lagi rakan sekerja sebelum meminta bantuan.

"Kira-kira dua jam kemudian, pengadu dan rakannya kembali semula ke tempat kejadian dan menemui mangsa meninggal dunia dalam keadaan keadaan terbaring dipercayai dipijak gajah," katanya.

Nor Azman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dipijak haiwan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kejadian telah dimaklumkan kepada pihak Perhilitan dan dalam tindakan agensi itu.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!