'LA28 atau bersara, beri masa untuk saya fikir' - Azizulhasni

Azizulhasni (dua dari kanan) bersama Shah Firdaus (tiga dari kanan) dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (kanan) sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas penyertaan di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama

A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memerlukan masa untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) atau bersara.

Beliau mahu duduk bersama keluarga dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Katanya, jurulatih, John Beasley dan rakan sepasukan ada memujuknya untuk terus beraksi pada Sukan Olimpik akan datang namun beliau belum lagi membuat sebarang keputusan.

“Selepas perlumbaan (di Sukan Olimpik Paris) John dan Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) serta pasukan harap saya boleh pertimbang untuk beraksi pada (Sukan Olimpik) LA28.

“Saya perlu duduk bersama keluarga dan clear my mind,” katanya ketika ditemui media sejurus tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang dari Paris sebentar tadi.

Hannah (lima dari kanan) bersama Azizulhasni (empat dari kiri), Shah Firdaus (dua dari kanan) dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (tiga dari kiri) sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas penyertaan di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama

Sebelum ini, Azizulhasni tidak dapat meneruskan saingan dalam acara kegemarannya keirin di Paris 2024 selepas dibatalkan penyertaan kerana tindakannya memotong pacer dalam 'heat' pertama pusingan awal.

Susulan insiden itu, memusnahkan impian beliau untuk menghadiahkan pingat emas buat negara.

Artikel Berkaitan:

Pelumba berusia 36 tahun itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman bagaimanapun tidak loket apabila sedia menabur bakti dalam sukan negara.

“Sebab apa yang berlaku di Paris adalah sesuatu yang tak biasa dalam karier saya.

“Mereka tahu kalau saya berhenti berlumba saya akan tetap aktif dalam sukan, paling penting kalau mereka perlu bantuan saya akan bantu,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan menyokong apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Azizulhasni dan menyokong keperluannya.

“Saya telah berbincang Azizul dan meminta beliau mengambil masa berbincang dengan keluarga dulu dan Jawatankuasa RTG akan menyokong keputusan beliau.

“Selagi beliau mahu berlawan dan selagi badan beliau boleh berlumba, kita akan beri sokongan, jadi beri beliau masa untuk berfikir,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!