Agong terima menghadap Rais Tatarstan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.
Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan kedua-dua sahabat lama itu berlangsung kira-kira 45 minit dengan menyentuh peluang kerjasama antara Tatarstan dan Malaysia.
Republik Tatarstan adalah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!