Hannah minta maaf kepada rakyat Malaysia

Hannah (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.
Hannah (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kontinjen negara belum berjaya membawa pulang pingat emas pertama dari Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Malah katanya, program Road To Gold (RTG) dirangka untuk dua kitaran Olimpik iaitu Paris dan Los Angeles 2028.

Bagaimanapun jelasnya, terdapat peningkatan prestasi dalam kalangan atlet apabila tiga rekod kebangsaan berjaya diperbaharui pada temasya kali ke-33 ini.

"Tiga atlet RTG iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek) serta Aniq Kasdan (angkat berat) telah memecah rekod kebangsaan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!