SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

"Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!