Lesen media sosial mudahkan pihak berkuasa dapat maklumat jenayah siber

Mohd Zabri ketika Wacana Sinar edisi 451 bertajuk ‘Selamatkah alam siber kita? yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Zabri ketika Wacana Sinar edisi 451 bertajuk ‘Selamatkah alam siber kita? yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah melesenkan media sosial di negara ini sangat bagus kerana dapat membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat apabila melibatkan jenayah siber.

Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib berkata, sebelum ini pihak berkuasa sukar untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan sekiranya syarikat penyedia perkhidmatan media sosial berada di luar negara.

Menurutnya, pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menyuruh mereka memberi maklumat.

"Jadi dengan adanya langkah ini penyedia perkhidmatan media sosial perlu mematuhi syarat yang ditetapkan sekiranya mahu mendapatkan lesen dan perlu menarik balik kemudahan itu sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

"Antara syarat yang perlu mereka ikut adalah bersedia memberi maklumat untuk tujuan siasatan.

"Kalau tidak beri kerjasama tarik lesen dan tidak boleh beroperasi di Malaysia," katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi 451 bertajuk ‘Selamatkah alam siber kita? yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Program itu dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil.

Tambah beliau, undang- undang negara Malaysia tidak sama dengan negara lain.

Artikel Berkaitan:

"Misalnya, negara kita tidak boleh menyentuh isu (agama, raja, kaum) namun di Amerika Syarikat mengamalkan kebebasan bersuara. Dalam kes ini perkara itu tidak menyalahi undang- undang negara dia jadi kenapa perlu menyediakan maklumat tersebut.

"Mereka boleh berselindung dengan mengatakan itu privasi pengguna. Tanpa maklumat lengkap pihak berkuasa sudah pasti tidak dapat mengambil tindakan terhadap jenayah siber.

"Itu mungkin dapat mengawal jenayah di siber kerana kalau mahu sekat sangat tidak adil memandangkan media sosial juga ada kebaikannya antaranya menjadi sumber pendapatan bagi sesetengah pihak," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!