Jaga imej Malaysia, beri sokongan penuh buat pasukan Palestin

Stadium Kuala Lumpur, Cheras akan menjadi venue 'home' buat skuad kebangsaan Palestin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan.
Stadium Kuala Lumpur, Cheras akan menjadi venue 'home' buat skuad kebangsaan Palestin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan.
A
A
A

MERAK Jalanan cukup bangga apabila Malaysia menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang bakal berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September depan.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Palestin perlu mencari venue sesuai dijadikan gelanggang neutral atau gelanggang sendiri bagi aksi kedua Kumpulan B susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Ia satu pengiktirafan besar bagi negara kita kerana pemilihan venue neutral perlawanan mengambil kira pelbagai faktor termasuklah soal keselamatan pemain mereka.

Besar kemungkinan pemilihan itu berdasarkan kepada kedudukan sebagai negara selamat dan konsistensi Malaysia menyokong perjuangan Palestin serta penolakan penindasan Israel terhadap rakyat negara berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini telah memberikan komitmen akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan Palestin berada di negara ini.

Merak Jalanan minta rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai memenuhkan stadium bukan sahaja demi kemenangan pasukan Palestin tetapi demi solidariti dan sokongan moral buat mereka.

Sikap penyokong sewaktu di stadium juga perlu dijaga kerana ia melibatkan imej negara dan kepercayaan pasukan bola sepak Palestin untuk beraksi di sini.

Merak Jalanan berharap tidak ada insiden tidak diingini seperti kekecohan dan perbuatan membakar mercun di dalam stadium.

Artikel Berkaitan:

Pastikan pengalaman pemain mereka di sini menjadi kenangan terbaik sepanjang karier dalam sukan itu dan menjadi buah mulut apabila kembali semula ke negara tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!