3 sekeluarga maut: Suspek sudah ditahan, akan direman pagi ini

Suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di sini, Jumaat lalu berjaya ditahan polis dan akan direman pada pagi Rabu.
Suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di sini, Jumaat lalu berjaya ditahan polis dan akan direman pada pagi Rabu.
A
A
A

MUAR - Suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di sini, Jumaat lalu berjaya ditahan polis dan akan direman pada pagi Rabu.

Suspek berusia 48 tahun itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Muar bagi mendapatkan perintah reman.

Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, bagaimanapun maklumat lanjut berhubung tangkapan akan dibuat kemudian.

"Suspek akan dibawa (reman) pagi ini dan nanti saya akan keluarkan kenyataan media,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Lelaki yang merupakan anak sulung pasangan suami isteri itu sebelum ini diburu selepas dipercayai melarikan diri ketika rumah mereka hangus dijilat api pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian manakala cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Pada Sabtu, Noradriana selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Artikel Berkaitan:

Manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik HSPF bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 80 peratus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!