Paderi ditahan amang seksual remaja lelaki

PDRM menahan seorang paderi lelaki kerana dipercayai melakukan gangguan seksual fizikal ke atas remaja berusia 13 tahun.
PDRM menahan seorang paderi lelaki kerana dipercayai melakukan gangguan seksual fizikal ke atas remaja berusia 13 tahun.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang paderi lelaki pada Selasa kerana dipercayai melakukan gangguan seksual fizikal ke atas remaja berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa pada Isnin, jam 10.09 malam.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan remaja lelaki warga tempatan berusia 13 tahun menyatakan telah diganggu secara seksual fizikal sejak Jun dan Julai.

"Remaja tersebut melaporkan dia telah diganggu oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai paderi sejak Jun lalu.

"Mangsa diganggu secara seksual fizikal di dalam bilik tidur di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, dekat sini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Azlan berkata, setelah siasatan dijalankan, pihaknya telah menahan suspek berusia 27 tahun di sebuah restoran di Puchong, Selangor pada Selasa.

Kata beliau, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!