Bot karam: Pencarian diteruskan dalam skala kecil

Op Carilamat pada Selasa gagal mengesan kedudukan bot bernombor TRF 942 yang karam dalam insiden pelanggaran dengan sebuah tongkang pada Ahad lalu.
Op Carilamat pada Selasa gagal mengesan kedudukan bot bernombor TRF 942 yang karam dalam insiden pelanggaran dengan sebuah tongkang pada Ahad lalu.
A
A
A

KEMAMAN - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dua pemancing yang dikhuatiri hilang susulan insiden bot karam di perairan Kemaman di sini, pada Ahad diteruskan dalam skala lebih kecil.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, operasi mengesan mangsa yang hilang diteruskan jam 7 pagi tadi melibatkan dua bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebuah bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Seramai 27 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pada pagi ini dan tiada aset udara yang terlibat dalam operasi dijalankan.

"Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia akan meneruskan pencarian mangsa di sekitar kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Setakat ini, dua mangsa masih belum dijumpai ialah Yusof Kassam, 66, dan Aina Husna Mohamad Husaini, 25.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan dua mangsa ditemukan lemas manakala dua lagi masih hilang apabila bot dinaiki sembilan penumpang termasuk dua tekong karam dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi pada Ahad.

Bot dinaiki pemancing berasal dari Raub, Pahang dan Selayang, Selangor itu dikatakan dilanggar sebuah tongkang pada jarak tujuh batu nautika dari perairan Kuala Kemaman.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia iaitu Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, yang berasal dari Selayang, Selangor dan tekong tempatan, Shahril Ismail, 50.

Artikel Berkaitan:

Lima mangsa terselamat ialah Rosnawi Harun, 50; Ain Farhana Mohamad Husaini,30; Haziah Harun, 63; Mat Ali Alahan, 66 dan tekong bot, Saipul Ridzuan Osman, 50.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!