Peraduan Genius IQ PTPTN kembali!

Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad, melancarkan Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 yang diadakan di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.
Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad, melancarkan Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 yang diadakan di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Peraduan Genius IQ Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) kembali lagi menemui pembaca setia Sinar Harian bermula 15 Ogos hingga 14 September depan.

Bertemakan aplikasi myPTPTN dan Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), pemenang peraduan teka silang kata itu berpeluang membawa pulang ganjaran berjumlah sehingga RM15,000 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime, kepingan gram emas 999 serta barangan eksklusif.

Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati kerana kolaborasi kedua bersama syarikat penerbitan terkemuka tersebut mendapat reaksi positif rentetan daripada penganjuran peraduan tahun sebelumnya.

Azhar menunjukkan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Peraduan Genius IQ PTPTN yang dianjurkan bermula 15 Ogos hingga 14 September depan.
Azhar menunjukkan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Peraduan Genius IQ PTPTN yang dianjurkan bermula 15 Ogos hingga 14 September depan.



Menurut beliau, sinergi antara kedua-dua pihak itu diharapkan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kebaikan penggunaan aplikasi myPTPTN dan Simpan SSPN melalui media cetak serta digital.

“Selepas impak positif daripada Peraduan Genius IQ PTPTN pada tahun lepas, kita meneruskan lagi program tahun ini.

“Ia bersesuaian dengan peredaran zaman yang semakin ke arah pendigitalan. Signifikannya konsep kali ini bertujuan menyebarkan informasi mengenai perkhidmatan mudah alih disediakan oleh PTPTN.

“Melalui peraduan ini, masyarakat dapat memahami lebih lanjut produk simpanan PTPTN, keistimewaan dan manfaat menyimpan dalam Simpan SSPN,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Genius IQ PTPTN 2024 bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin dan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Rina Abd Rahman serta pegawai PTPTN.

Azhar (dua dari kiri) bersama Farah, Airol Fadley dan Rina pada Majlis Pelancaran Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 yang diadakan di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.
Azhar (dua dari kiri) bersama Farah, Airol Fadley dan Rina pada Majlis Pelancaran Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 yang diadakan di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.



Beliau berkata, untuk menyertai peraduan itu menerusi akhbar, peserta perlu mendapatkan keratan Sinar Harian mengikut tarikh ditetapkan, mendaftar aplikasi myPTPTN, mencetak profil akaun dan menjawab kesemua 10 soalan teka silang kata sebelum menghantar borang melalui WhatsApp di talian 019-213 3315.

Azhar berkata, bagi penyertaan menerusi media digital, pembaca perlu mengakses soalan menerusi laman sesawang khas Sinar Harian atau mengimbas kod QR tertera di dalam akhbar bermula 20 Ogos ini dan hantarkan 10 jawapan melalui platform berkenaan.

Azhar berkata, pemenang pertama dalam peraduan itu akan membawa pulang wang tunai Simpan SSPN Prime berjumlah RM5,000 bersama tiga gram emas 999.9 dan barangan eksklusif PTPTN manakala tempat kedua pula akan memperolehi wang tunai Simpan SSPN Prime RM2,000, dua gram emas 999.9 dan barangan eksklusif PTPTN.

“Pemenang tempat ketiga akan mendapat wang tunai Simpan SSPN Prime RM1,000, segram emas 999.9 dan barangan eksklusif PTPTN dan 20 pemenang hadiah saguhati berupa wang tunai Simpan SSPN Prime RM250 dan barangan eksklusif PTPTN,” kata Azhar.

myPTPTN mudahkan urusan pelanggan

Ditanya mengenai fungsi aplikasi myPTPTN, Azhar memaklumkan, ia bertujuan memudahkan urusan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan pada bila-bila masa dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

“Menerusi aplikasi myPTPTN, pelanggan boleh membuat transaksi bayaran balik, penambahan deposit Simpan SSPN, semakan penyata akaun dan perkhidmatan lain menggunakan satu platform sahaja,” tambah Azhar.

Jelasnya lagi, sekiranya sebelum ini pengguna perlu mendaftar masuk menerusi portal berbeza, sekarang golongan berkenaan dapat menikmati pelbagai kemudahan secara Single Sign On (SSO).

“Ibu bapa atau penjaga yang sah turut berpeluang mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit.

“Selain itu, Geran Sepadan maksimum RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” ujar Azhar.

No Image Caption



Beliau berkata, PTPTN juga melaksanakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Siri bermula 1 Januari hingga 31 Disember ini dengan hadiah menarik kepada 983 pemenang bernilai lebih RM1.3 juta.

Bagi cabutan siri yang sedang diadakan kini adalah Kempen Cabutan WOW! Merdeka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM100,000 untuk dimenangi. Kempen ini bermula pada 1 Julai hingga 31 Ogos 2024.

Terima 10,000 penyertaan

Sementara itu, Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, penyertaan seramai 10,000 orang dari seluruh negara pada tahun lalu dan jalinan erat lebih 15 tahun antara faktor utama PTPTN kekal setia menganjurkan program bersama-sama.

Airol Fadley (empat dari kiri), diikuti Azhar, Farah dan Rina bersama tetamu yang hadir pada majlis itu.
Airol Fadley (empat dari kiri), diikuti Azhar, Farah dan Rina bersama tetamu yang hadir pada majlis itu.



Tambahnya, Sinar Harian mungkin boleh mencapai ekspektasi organisasi berkenaan dalam mengadakan kempen dan menyampaikan maklumat telus kepada kumpulan sasar.

“PTPTN melakukan pelbagai inisiatif untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca kerana mereka percaya dengan kebolehan platform Sinar Harian.

“Justeru, saya harap kempen pada tahun ini lebih baik berbanding sebelumnya dan orang ramai wajib menjadikan PTPTN sebagai medium simpanan utama mereka,“ jelas Airol Fadley.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!