Pemilik premis diminta kibar Jalur Gemilang, bendera Pahang

Terdapat beberapa premis perniagaan di sekitar Kuantan yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang ketika tinjauan dilakukan Sinar Harian pada Rabu.
Terdapat beberapa premis perniagaan di sekitar Kuantan yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang ketika tinjauan dilakukan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Semua pelesen dan pemilik perniagaan bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) diminta untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang di premis masing-masing bermula 15 Julai sehingga 15 September depan.

Kedua-dua bendera itu perlu dikibarkan sempena memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-65, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Nor Hayatul Huda Othman berkata, penglibatan mengibar bendera akan menambahkan suasana perayaan dan menunjukkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara.

"Kita mahu setiap premis perniagaan dan bangunan di sekitar Kuantan dipasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang.

"Dalam tempoh itu semua pihak perlu menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan sebaiknya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar raya Kuantan mendapati, terdapat bendera yang digantung menghiasi tepi jalan raya.

Namun, masih banyak premis perniagaan dan bangunan yang belum mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri walaupun notis itu sudah dikeluarkan pada 15 Julai lalu.

Beliau mengingatkan supaya pelesen dan pemilik premis memastikan Jalur Gemilang dan bendera negeri dipasang di hadapan premis dan ia dipasang dengan cara baik dan betul.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya terdapat bendera yang telah dipasang koyak dan telah pudar maka penggantian hendaklah dibuat dengan kadar segera.

"Pemilik premis boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan sekiranya didapati memasang bendera dengan cara yang salah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!