PN ajak Orang Asli lakukan perubahan di Nenggiri
GUA MUSANG - Perikatan Nasional (PN) mengajak masyarakat Orang Asli melakukan perubahan di Nenggiri dengan memberikan sokongan kepada mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu supaya Orang Asli tidak lagi membenarkan diri mereka dikawal kelompok parti politik tertentu.
"Mereka (Orang Asli) kini bijak membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri.
"Perubahan itu dapat dirasai ketika saya dan kepimpinan PN turun bersama mereka dalam siri pertemuan di beberapa pos Orang Asli.
"Bahasa badan, kemesraan serta keselesaan yang diperlihatkan Orang Asli, Insya-ALLAH bakal menghadirkan kejutan," katanya.
Menurut beliau, lebih-lebih lagi pada PRK Nenggiri ini, PN menawarkan untuk melantik seorang pegawai Orang Asli kepada calon PN, Mohd Rizwadi Ismail, bagi menjadi penghubung antara masyarakat Orang Asli Nenggiri dengan kerajaan negeri.
Ujarnya, tawaran itu tidak pernah dikemukakan oleh mana-mana pihak khususnya parti lawan.
Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!