Pemuda UMNO desak kerajaan fail semula semakan batal larangan komik BRI

Dr Muhamad Akmal Saleh
Dr Muhamad Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak kerajaan mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan perintah larangan penerbitan komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi mengelakkan ketidakadilan.

Malah katanya, semakan semula keputusan kerajaan itu adalah selaras dengan kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan, di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

“Mahkamah dah membuat keputusan. Kami hormati keputusan itu tapi tidak bererti kami bersetuju.

Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Julai 2022 yang ketika itu kerajaan memerintah adalah kerajaan Barisan Nasional-Perikatan Nasional memutuskan bahawa komik ini tidak menjejaskan ketenteraman awam.

“Permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan terhadap penerbitan komik ini gagal pada 8 Disember 2022.

“Siapa sekalipun kerajaan, sensitiviti majoriti rakyat Melayu Islam perlu diutamakan dan dipelihara untuk menjamin kestabilan negara ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Perintah larangan itu sebelum ini dibuat Kementerian Dalam Negeri mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos lalu yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos, perintah larangan yang sebelum itu diwartakan pada 2019 telah dibatalkan.

Berdasarkan warta itu, pembatalan perintah larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!