Siasat kilang haram proses e-waste secara telus - Tengku Hassanal

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu mengenai isu sindiket e-waste. (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah)
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu mengenai isu sindiket e-waste. (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah)
A
A
A

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar siasatan terhadap kilang haram yang memproses sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen dilakukan secara telus.

Baginda menegaskan, siasatan itu juga perlu dibuat tanpa kompromi dengan mana-mana pihak.

"Saya ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram( AMLA) PDRM yang diketuai oleh Datuk Muhammed Hasbullah Ali atas kejayaan menumpaskan kilang haram yang memproses sisa e-waste tanpa lesen khususnya di kawasan Salong, Pekan dan Bukim Ibam, Muadzam Shah.

"Saya menzahirkan sokongan penuh agar pihak PDRM mempergiatkan dan meneruskan lagi operasi-operasi membanteras aktiviti haram di Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan kegiatan kilang haram e-waste yang diseludup dari negara luar sehingga mencetuskan pencemaran di negara ini mula mendapat tindak balas pihak berkuasa membabitkan operasi besar-besaran pada 5 Ogos lalu.

Lokasi serbuan ialah Salong, Pekan dan Bukit Ibam, Pahang; Kuang, Rawang dan Bukit Tagar di Selangor; Rembau dan Gemencheh, Negeri Sembilan serta Simpang Renggam, Johor.

Tengku Hassanal turut bertitah agar agensi penguatkuasaan yang lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Alam Sekitar Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berterusan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih tegas.

Baginda bertitah, ini bagi membendung kegiatan jenayah alam sekitar ini.

Artikel Berkaitan:

"Semua pihak perlu menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahka agar menjaga khazanah berharga seperti flora dan fauna serta sumber air di Negeri Pahang," titah baginda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!