IG Mierul Aiman digodam penjual emas

Mierul Aiman memaklumkan akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 255,000 pengikut digodam awal pagi Selasa.
Mierul Aiman memaklumkan akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 255,000 pengikut digodam awal pagi Selasa.
A
A
A

PELAKON Mierul Aiman memaklumkan akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 255,000 pengikut digodam awal pagi Selasa.

Menurut Mierul atau nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia dihubungi pengurusnya kira-kira jam 2 pagi tadi yang bertanya mengenai hantaran di akaun berkenaan.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun baru Mierul AIman.
Perkongsian yang dibuat menerusi akaun baru Mierul AIman.

"Pengurus mesej saya, dia kata, awak jual emas ke... saya kata bukan saya yang buat. Bila saya cuba masuk semula ke akaun berkenaan, sudah tidak boleh.

"Jadi saya terus minta bantuan pihak pengurusan untuk dapatkan semula akaun itu," katanya menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio hari ini.

Tambah juara Hero Remaja 2021 itu, ada beberapa peminat berjaya berkomunikasi dengan penggodam tersebut dan mereka turut menghantar tangkap layar perbualan.

"Cara dia jawab mesej, dia (penggodam) itu macam orang tempatan sebab ada yang tanya mana Mierul, dia jawab ada je ni... Gaya mesejnya macam orang kita," ujarnya.

Setakat ini, Mierul sudah membuka akaun Instagram baru dan syarikat pengurusannya turut mengingatkan pengikut aktor itu tidak mengakses sebarang pautan atau cuba berinteraksi dengan penggodam terbabit.

Artikel Berkaitan:

Malah tinjauan Sinar Harian di akaun lama itu mendapati, jumlah pengikut juga sudah mula berkurangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!