Telefon bimbit, dompet milik Nidza Afham ditemui di jambatan

Nidza Afham mengenakan baju hitam ketika berjoging. Gambar kanan: Sebuah telefon bimbit jenis iPhone dan dompet berisi dokumen dipercayai milik Muhammad Nidza Afham ditemui.
Nidza Afham mengenakan baju hitam ketika berjoging. Gambar kanan: Sebuah telefon bimbit jenis iPhone dan dompet berisi dokumen dipercayai milik Muhammad Nidza Afham ditemui.
A
A
A

KLANG - Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.22 pagi, Rabu.

Cha Hoong Fong
Cha Hoong Fong

"Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan telah keluar rumah di Bandar Puteri, di sini, pada jam 7.45 malam, Selasa, dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Suleiman untuk joging," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hoong Fong berkata, teman wanita Muhammad Nidza Afham telah menghubunginya pada jam 9.04 malam, namun panggilan itu tidak dapat disambungkan.

"Wanita itu mendapati lokasi terakhir keberadaan teman lelakinya melalui aplikasi 'find my iPhone' adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

"Adik kepada lelaki itu telah pergi ke lokasi terakhir itu dan telah menjumpai satu telefon bimbit jenis iPhone dan dompet berisi dokumen milik Muhammad Nidza Afham seperti kad pengenalan dan kad pelajar kecuali kad mesin juruwang automatik (ATM) yang telah hilang," katanya.

Muhammad Nidza Afham
Muhammad Nidza Afham

Beliau berkata, pakaian terakhir dilihat adalah baju biru dan hitam.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki itu berbadan kurus, berkulit sawa matang dan berambut pendek.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang ini diminta untuk menyalurkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan penyanyi, Aufahanie memohon menjejaki abangnya, Muhammad Nidza Afham yang dilaporkan hilang.

Muhammad Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Ringkasan berita:

  • Individu Hilang: Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23 tahun, dilaporkan hilang sejak Selasa.
  • Lokasi Terakhir: Lokasi terakhir yang dikesan adalah di Jambatan Kota, Klang.
  • Barang Ditemui: Telefon bimbit iPhone dan dompetnya ditemui di lokasi tersebut, tetapi kad ATM hilang.
  • Latar Belakang: Nidza keluar rumah untuk joging di Stadium Sultan Suleiman pada jam 7.45 malam, menggunakan perkhidmatan e-hailing.
  • Komunikasi Terputus: Teman wanita Nidza cuba menghubunginya pada jam 9.04 malam tetapi gagal.
  • Maklumat Fizikal: Nidza terakhir dilihat memakai baju biru dan hitam, berbadan kurus, berkulit sawa matang, dan berambut pendek.
  • Rayuan Polis: Orang ramai diminta menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan atau balai polis berhampiran.
  • Latar Belakang Media: Nidza pernah menyertai "I Can See Your Voice 3" dan melancarkan single "Ternyata Bukan Aku."
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!