Dua lelaki curi motosikal diberkas

Motosikal yang didakwa dicuri dua lelaki di Pandan Indah, di sini, pada Khamis lalu.
Motosikal yang didakwa dicuri dua lelaki di Pandan Indah, di sini, pada Khamis lalu.
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi sebuah motosikal di Pandan Indah, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Myanmar yang juga tukang masak memaklumkan berkaitan kes itu.

"Lelaki itu telah meletakkan motosikal jenis SM Sport dalam keadaan berkunci di tepi Jalan Pandan Indah 4/1, di sini, pada jam 5.30 petang.

"Pengadu kemudian mendapati motosikal itu telah tiada disyaki dicuri pada jam 6.30 pagi, Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam berkata, pihaknya berjaya memberkas dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun di Ampang dan Batu 9, Cheras pada jam 12.45 tengah malam, Rabu.

"Kita turut merampas sebuah motosikal beserta anak kunci, topi keledar, telefon bimbit dan pakaian bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah mencuri motosikal yang diletakkan di tepi jalan, sebelum dijual sebagai alat ganti.

"Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua lelaki itu telah direman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!