Bacaan Yasin untuk Nidza Afham diadakan jam 9 malam

Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Baju terakhir yang dipakai Afham sebelum hilang (kanan).
Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Baju terakhir yang dipakai Afham sebelum hilang (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Satu majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kelancaran urusan pencarian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23 akan diadakan pada Rabu jam 9 malam.

Majlis tersebut akan dilakukan di kediaman masing-masing menerusi aplikasi dalam talian, Google Meet.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mokhtar Mahmud sedang berusaha dalam pencarian anakandanya yang hilang dan masih belum ditemui sehingga sekarang di sekitar Bandar Klang.

“Justeru, mari kita sama-sama membacakan surah yasin agar semua urusan dipermudahkan,” kata kenyataan menerusi jemputan yang diterima di aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Pada Rabu, media melaporkan Polis Klang Selatan mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Nidza Afham, yang gagal dihubungi sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan Orang Hilang (OH) iaitu Muhammad Nidza Afham pada jam 4.22 petang Selasa yang dibuat adik kandungnya.

Sebelum ini, media melaporkan, Aufahanie memohon orang ramai mendoakan agar abangnya, Muhammad Nidza Afham yang hilang sejak malam Selasa agar segera ditemui selepas gagal dihubungi pada jam 9.04 malam.

-Tamat-

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!