65 peratus daripada 134,000 individu hilang kaki adalah B40, asnaf

Tunku Zain (empat dari kanan) melihat seorang penerima bantuan kaki palsu berjalan Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Kaki Palsu 'Feet4Life' Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
Tunku Zain (empat dari kanan) melihat seorang penerima bantuan kaki palsu berjalan Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Kaki Palsu 'Feet4Life' Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Kira-kira 65 peratus daripada 134,000 individu di negara ini yang direkodkan kehilangan kaki mereka disebabkan penyakit diabetes atau kemalangan terdiri daripada golongan B40 atau asnaf.

Pengarah Kempen 'Feet4Life', Nu’man Hani Jamal berkata, data tersebut diperoleh daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti dan hanya 10 peratus daripada mereka yang mempunyai akses mendapatkan kaki palsu.

"Disebabkan harga kos kaki palsu di pasaran yang melebihi RM5,000 sehingga ada mencecah puluhan ribu menyebabkan hasrat kebanyakan mereka untuk mendapatkan kaki palsu hanya tinggal mimpi.

"Berdasarkan kajian itu, kira-kira 10 peratus saja yang ada akses atau maklumat untuk dapatkan bantuan kaki palsu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Kaki Palsu 'Feet4Life' Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Majlis berkenaan dilancarkan oleh anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Selain itu, beliau mengalu-alukan pelbagai pihak untuk sama-sama menjayakan kempen bantuan kaki palsu percuma atau 'Feet4Life' kepada golongan berkenaan.

Tunku Zain (dua dari kiri) melihat pemasangan kaki palsu kepada salah seorang penerima bantuan pada Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Kaki Palsu 'Feet4Life' Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
Tunku Zain (dua dari kiri) melihat pemasangan kaki palsu kepada salah seorang penerima bantuan pada Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Kaki Palsu 'Feet4Life' Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Jelasnya, sejak kempen itu dilancarkan dua tahun lalu, seramai 250 individu di Semenanjung telah mendapat manfaat.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita nak menguar-uarkan kepada semua syarikat korporat dan wakil ketua masyarakat untuk menjayakan usaha murni ini.

"Dengan sumbangan diberi, mereka ini dapat kembali mengurus diri tanpa bergantung kepada orang lain sekali gus menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.

Feet4Life merupakan projek kempen tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan oleh Yayasan UNITI dengan kerjasama UNITI Waqi Sdn Bhd dan syarikat pembuatan kaki palsu bumiputera Kedidi Global Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Tunku Zain menyambut baik program berkenaan yang dapat membantu mengembalikan kualiti hidup pesakit sekali gus membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih normal

"Ini bukan sahaja meningkatkan mobiliti tetapi juga memberi mereka peluang untuk bekerja, belajar, dan bersosial dengan lebih baik.

"Feet4Life juga membantu dalam meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental individu," katanya.

Tambahnya, ia bukan sahaja memberi impak langsung kepada kehidupan individu, tetapi juga memperkukuh nilai-nilai kemanusiaan dan solidariti dalam masyarakat.

"Dengan adanya kaki palsu, pesakit juga akan berasa lebih yakin dan mampu menjalani kehidupan sehari-hari dengan lebih baik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!