Murid perlu pendekatan lebih kreatif

Penggubal kurikulum perlu gembleng elemen keseronokan untuk memancing motivasi murid-murid agar lebih minat belajar Sains dan Matematik. - Gambar hiasan
Penggubal kurikulum perlu gembleng elemen keseronokan untuk memancing motivasi murid-murid agar lebih minat belajar Sains dan Matematik. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan sekolah rendah terutama bagi mata pelajaran Sains dan Matematik kini terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga menyebabkan sifat semula jadi murid untuk meneroka atau ingin tahu ‘terbunuh’.

Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Hasnah Toran berkata, ini kerana kanak-kanak lebih cenderung kepada keseronokan dan memerlukan pendekatan sains yang lebih erat dengan jiwa mereka.

Hasnah
Hasnah

“Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cuba perkenalkan pentaksiran berdasarkan bilik darjah, namun pendapat saya adalah pengajaran yang dijalankan di dalam kelas hanya berorientasikan peperiksaan.

“Suatu perkara yang penggubal kurikulum kita terlupa adalah resam kanak-kanak atau sifat semula jadi mereka.

“Mereka cenderung kepada keseronokan. Maka kita perlu gembleng keseronokan ini untuk memancing motivasi mereka untuk belajar,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian



Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sukatan pelajaran yang padat serta rumit bagi Sains dan Matematik peringkat sekolah rendah memberi tekanan kepada murid hingga ‘membunuh’ minat mereka dalam subjek tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pensyarah Universiti UCSI, Dr Othman Talib berkata, ia berikutan KPM melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menyediakan kandungan kurikulum secara preskriptif yang perlu diikut oleh guru dalam mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Selain itu, Hasnah turut memberi panduan kepada kerajaan bagi membantu meningkatkan minat murid menerusi dua subjek itu dengan melihat kebolehan negara jiran, Singapura.

Menurutnya, Singapura secara konsisten menduduki tangga ke-10 teratas dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).

“Saya rasa kita tak perlu lihat jauh, pandanglah ke arah jiran, Singapura untuk melihat bagaimana kita boleh meningkatkan minat dan penguasaan murid-murid kita terhadap mata pelajaran Sains,” tambahnya.

Hasnah juga mencadangkan agar pihak KPM lebih kreatif dalam menggubal kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk kedua-dua subjek itu supaya tidak menjadi kaku, hambar atau merumitkan murid.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!