Real Madrid juara Piala Super Eropah

Real Madrid juara Piala Super Eropah. Foto Agensi
Real Madrid juara Piala Super Eropah. Foto Agensi
A
A
A

KYLIAN Mbappe menjaringkan gol pada penampilan sulungnya ketika Real Madrid menewaskan Atalanta 2-0 untuk memenangi Piala Super Eropah di Stadium Nasional Warsaw, Poland pada Khamis.

Pemain Uruguay, Federico Valverde sebelum itu meletakkan kelab LaLiga Sepanyol yang juga juara Eropah 15 kali kendalian Carlo Ancelotti tersebut di depan pada minit ke-59 minit.

Bekas tonggak kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) itu kemudiannya menyudahkan sentuhan Jude Bellingham untuk menggandakan kelebihan kelab La Liga Sepanyol itu pada minit ke-68.

Ancelotti meraikan kemenangan bersama pemain-pemain Real.
Ancelotti meraikan kemenangan bersama pemain-pemain Real.

Kejayaan diraih ke atas kelab Serie A Itali Atalanta itu yang juga juara Liga Europa membolehkan Real merangkul rekod kejuaraan Piala Super buat kali keenam.

Seteru La Liga, Barcelona dan AC Milan (Serie A) masing-masing mengekori rapat dengan lima kejuaraan pembuka musim baharu kelab Eropah yang menemukan pemenang Liga Juara-Juara dengan juara Liga Europa.


INFO

Senarai Pemenang Piala Super Eropah

Artikel Berkaitan:

Real Madrid (Sepanyol) - 6

Barcelona (Sepanyol), AC Milan (Itali) - 5

Liverpool (England) - 4

Atletico Madrid (Sepanyol) - 3

Chelsea (England), Bayern Munich (Jerman), Ajax Amsterdam (Belanda), Anderlecht (Belgium), Valencia (Sepanyol), Juventus (Itali) - 2

Sevilla (Sepanyol), Porto (Portugal), Manchester United, Manchester City (England), Dynamo Kiev (Ukraine), Nottingham Forest (England), Aston Villa (England), Aberdeen (Scotland),

FC Steaua Bucharest (Romania), Mechelen KV Belgium), Parma, Lazio (Itali) Galatasaray (Turkiye), Zenith Saint Petersburg (Rusia) - 1

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!