Pemandu treler maut nahas babit lima kenderaan

Kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat sini awal pagi Khamis.
Kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat sini awal pagi Khamis.
A
A
A

GOPENG - Seorang lelaki maut selepas treler yang dipandu terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat sini awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 2.37 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 30-an tersepit pada bahagian pemandu sebuah lori treler yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler lain.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Sabarodzi berkata, terdapat tiga lagi mangsa yang cedera ringan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi menyelamat yang melibatkan 10 orang anggota itu tamat jam 5.14 pagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, insiden tersebut menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima jam dan menurut Plustrafik, laluan terpaksa dilencongkan ke arah Tapah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!